Princess!
Semua kenyataan di bawah adalah benar tentang gadis di atas.
Assalamualaikum! Nama budak ni adalah Intan Nur Aqilah. Korang semua boleh panggil budak ni Intan, Aqilah ataupun Qylot tetapi lebih ramah dipangiil Intan. Mendapat hembusan nafas yang pertama pada tahun 1999.
Akan menyambut hari lahir pada 22 September setiap tahun. Lahir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan menetap di Rawang. Budak ni adalah anak kedua daripada lima orang adik beradik.
Hobinya adalah makan, tidur, makan, tidur dan menghadap lappy 24 jam. Mempunyai impian untuk membawa kedua ibu bapanya ke Mekkah untuk memunaikan Haji dan ingin menjadi seorang Novelis yang berjaya.
Idolanya pula adalah Nabi Muhammad SAW, her parents and family. Minat dan tergila-gilakan Kangen Band, One Direction dan Cody Simpson. Dia juga mempunyai impian untuk ke Paris dan Kota Suci Madinah.
Mempunyai tiga orang kawan baik iaitu Anis, Wani dan Annissa. Tiga nama inilah yang menjadi insan yang terpilih untuk menjadi teman dan pendengar untuk Intan Nur Aqilah. Budak perempuan ini sangat
tragis dan takutkan lipas, belalang mahu pun praying mantis yang baginya bagaikan raksasa. Berat budak ni ialah 34 kg dan mempunyai ketinggian yang tidak diketahui kerana sudah lama tidak mengukur ketinggian.
Mungkin tingginya hanyalah ¼ daripada tiang rumah. Makanan kegemarannya pula adalah nasi goreng, laksa, rendang dan kari ayam. Minumannya pilihannya adalah carrot susu buatan atok yang tersayang memang sedap.
Tidak pernah mempunyai ikatan yang istimewa dengan sebarang lelaki kerana takut disakiti hatinya. Mempunyai jiwa yang sangat sensitif dan sangat keras kepala, hati dan jiwa raganya.
Berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas. Sekarang budak ni belajar di SMK Bukit Sentosa dan rumah kecilnya adalah 1 KRK2 yang serba meriah dengan murid yang serba ramah. Sangat suka
madi sungai dan kolam renang apabila cuti sekolah. Perkara aneh dan ajaib tentang budak ini adalah dia pernah menangis dari Puchong hinggan Kampung Manggis yang terletak di Negeri Sembilan hanya kerana
tidak mahu balik ke kampung. Suka mengumpul Barbie doll sejak kecil lagi dan sekarang mempunyai 5 Barbie yang terdiri daripada 1 lelaki, 3 wanita, dan 1 baby kecil. Dia juga suka mengumpul baju Barbie
yang sangat kemas tersimpan di dalam sebuah kotak kasut bersaiz besar. Sebelum menamatkan biodata ataupun profile yang serba ringkas ni budak ni ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi
blog ini. Assalamualaikum...